Pages

Featured Posts

Thursday 1 September 2011

Resepi Nasi Goreng Belacan Simple

Nasi goreng belacan yg simple, sape2 yg malas masak bnde yg heavy bole try wat ni. :)


Bahan-bahan: 
  1. Semangkuk nasi putih
  2. 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  3. 1 inci belacan 
  4. 2 sudu cili kisar
  5. 1/2 tsp. garam
  6. 1/2 tsp. ajinomoto
  7. Segenggam ikan bilis 
Cara-cara: 
  1. Belacan dan bawang merah ditumbuk sekali hingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan perasakan dengan garam dan ajinomoto. 
  4. Masukkan nasi dan gaul sebati. 
Bole masukkan kangkung atau frozen vege kalau nak. Siap!










Sunday 28 August 2011

Resepi Ayam Percik

Ayam percik version ni simple je n gerenti sedap. Kitorg sefamily prefer kuah percik yg kaler pink, sbb pink nampak lebih menyelerakan. Bagi yg nak kuah warna kuning boleh bubuh sedikit kunyit.



Bahan-bahan:
  1. 6 keping paha ayam, dicuci dan setengah bahagian dibuang kulit (tengok gambar dibawah ye)
  2. 5 biji bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 biji bawang besar
  5. 1 inci halia
  6. 2 sudu besar cili kisar
  7. 500 ml santan
  8. Garam dan ajinomoto secukup rasa
  9. Sedikit tepung beras, dibancuh 
*Bahan nombor 2 hingga 5 di blender

Setengah bahagian paha ayam dibuang kulit dan dikelar

Bawang merah,bawang putih,bawang besar dan halia telah diblender

Cara-cara:

1.  Panaskan kuali besar dan masukkan santan dan bahan-bahan yg telah diblender. Masukkan 2 sudu besar cili kisar hingga kaler kuah agak pink. Masukkan 1/2 tsp garam dan ajinomoto. Nnt time nak pekatkan kuah boleh perasakan lg.


2.  Kacau kuah hingga mendidih dan utk mengelak santan daripada pecah.Setelah kuah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam setengah masak. Sementara ayam masak, sentiasa kacau kuah agar santan tidak pecah minyak. Kalau x kuah die x cantik.

Sentiasa kacau kuah agar santan tidak pecah minyak
Kalau kuah tak dikacau, santan akan pecah minyak dan jadi macam ni.

3.  Setelah ayam nampak setengah masak,angkat ayam dan ketepikan. 

4.  Percikkan sedikit kuah ke atas ayam dan panggang menggunakan arang ataupun bakar dalam oven sehingga ayam masak sepenuhnya.. 

5.  Masukkan 1tbs tepung beras yang telah dibancuh ke dalam kuah tadi sehingga dpt kepekatan kuah yang dikehendaki. Kalau kuah memang dah pekat xyah la campur tepung beras. Perasakan dengan garam jika perlu.

6.  Tuang kuah yg selebihnya ke atas ayam dan sedia utk dihidangkan dengan nasi putih.

Siapp!













Thursday 25 August 2011

Resipi Cencaru Sumbat

Time tgh kemas peti ais pagi tadi terjumpe la 2 ekor ikan cencaru dlm freezer. Ikan lama, xfresh dah.huhu xkan nak buang kot, sayang, kalau bagi kat org miskin di Afrika nun mesti diorg berebut2.so sheila decide buat cencaru sumbat sebab adik sheila suka gila makan ikan cencaru ni. Risiko masak ikan yg xfresh : Ikan lembik dan mudah pecah time masak.

Minyak sebagai kuah die.haha bukan cara pemakanan yg sihat, xnak letak pn xpe

Bahan-bahan: 
  1. 2 ekor ikan cencaru, disiang dan dibelah bahagian belakang badan ikan
  2. 5 biji bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. sedikit belacan, lebih kurang 1cm kot
  5. 1/2 biji bawang besar, di cincang
  6. 1 biji tomato besar,dipotong dadu
  7. 3 sudu besar cili kisar
  8. 4 tangkai cili padi, dihiris, kalau suka pedas boleh tambah lagi
  9. Garam,ajinomoto secukup rasa
Cencaru dibelah bahagian belakang utk disumbat
                                             
Bawang besar dicincang

Tomato dipotong dadu

Cara-cara:

1. Perap ikan yg telah disiang dengan sedikit garam dan ajinomoto. 

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga belacan hingga lumat. Kalau malas tumbuk,blender pun boleh.


3.  Masukkan bawang besar, tomato, cili padi dan cili kisar. Perasakan dengan garam (lebih kurang 2 tsp. ) dan sedikit ajinomoto.Gaul sebati.


4.. Sumbat bahan yang telah digaul tadi ke dalam ikan cencaru.


5.  Panaskan minyak dan goreng ikan cencaru. Angkat ikan setelah nampak garing tapi jgn sampai ikan terlalu kering atau hangus pulak.Ambil sedikit minyak bekas goreng ikan tadi utk dijadikan kuah,kalau nak laaa, sbb family sheila mmg suke buat cmni.

Bahan sumbat ade yg terkeluar sikit sbb tlalu penuh =P

Siapp!

TIPS: Beli ikan fresh so dat time goreng nnt isi ikan xpecah2 . Ikan boleh juga dibakar kalau xnak goreng. 












Wednesday 24 August 2011

Resipi Chocolate Chip Cookies

PEOPLE ON DIET, BEWARE! this time sheila nak share resipi chocolate chip cookies. Bagi sheila, the secret to a very tasty cookie is the type of chocolate chips that you use. yes, kalau beli chocolate chips yg branded confirm cookies jd sedappp. Sheila recommend pki Hershey's Semi-Sweet Chocolate Chips atau Van Houten Chocolate Chips.


Cookies atas cooling rack. Tgh dalam 'cooling' process sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara

Bahan-bahan:
  1. 125g unsalted butter ,biar dlm suhu bilik utk pastikan butter lembut
  2.  1/2 cup Caster Sugar
  3. 1/2 cup Light Brown Sugar
  4. 1 tsp. Vanilla Essence
  5. Secubit garam
  6. 1 biji telur, di pukul
  7. 1 3/4 cup plain flour + 1 tsp. baking powder (atau boleh terus pakai 1 3/4 cup self-raising flour)
  8. 1/2 peket Choholate Chips ( Sheila pakai brand Van Houten)


Cara-cara:

1.  Dengan menggunakan electric mixer,pukul butter sehingga kembang. Masukkan caster sugar dan brown sugar. Kemudian, masukkan Vanilla Essence dan sedikit garam. 

2.  Masukkan telur yang sudah dipukul sedikit demi sedikit. Masukkan tepung. Off mixer apabila adunan nampak sebati. Masukkan chocolate chips dan gaul menggunakan sudu atau spatula. 



3.  Bentukkan sedikit adunan (lebih kurang 1 tsp. ) menjadi bebola kecil dan letakkan di atas loyang pembakar yang telah di alas dengan baking paper. 


4.  Preheat oven ke suhu 200 degree Celcius dan masukkan bebola adunan tadi. Bakar selama 10-12 minit. Sementara first batch cookies tengah masak, simpan lebihan adunan lain ke dalam peti sejuk.

5.  Setelah siap bakar,biarkan cookies di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka selama beberapa minit. Selepas itu, pindahkan cookie ke atas cooling rack dan biar selama 20-25 minit. 

6.  Ulang step ke-3 hingga 5 sampai semua adunan habis. Cookies yang telah siap boleh di simpan dalam bekas kedap udara ataupun boleh juga dimakan terus. Yumm, oven fresh! :)


Cookies~ great to go with some full cream milk! Siapp :)










Wednesday 17 August 2011

Resipi Homemade Pizza

Sheila jmpe mozarella cheese dlm fridge pagi td, byk plak tu. Sbb mak salu pki mozarella cheese utk buat omelette for breakfast. But since ni bulan pose, cheese tu mmg x disentuh. Expired date da dkat, so sheila decide buat pizza arini.


Bahan-bahan:
  1. Frozen pizza base, medium size,byk jual kat supermarket
  2. Sos pasta Prego ( Traditional)
  3. Daging cincang (1/3 peket)
  4. 1 ulas bawang putih
  5. Sedikit bawang besar, cincang halus
  6. 2 batang sosej (sheila pki jenama Rose Brand, for me this is the best tasting sosej)
  7. Sedikit cendawan butang, di hiris nipis
  8. Mozarella cheese, grated 
  9. Parmesan cheese, grated or powder


Cara-cara:

Topping:
  1. Tumis bawang putih. Masukkan bawang besar(sikit je n cincang halus2). Masukkan daging cincang. Kuantiti daging tu biar cukup2 utk cover whole pizza, jgn tlalu byk sbb nnt nak ltak sosej lg. Klu penuh sgt x cantek plak.
  2.  Masukkan secubit garam dan perasakan dgn sedikit lada hitam. Masak sehingga air daging kering dan ketepikan.
  3. Hiris 2 batang sosej dan 1 biji cendawan butang. Sheila pki stu biji je cendawan butang. Sikit kann? haha klu suke tmbh la byk lg.sheila x minat sgt cendawan. Ketepikan.
Pizza:
  1. Sapu sos pasta Prego on the pizza base. 

    2.   Taburkan daging cincang td. Pastikan daging cover the whole pizza.
    3.   Taburkan hirisan sosej dan cendawan butang.
    4.   Taburkan sedikit parmesan cheese on the whole pizza. Sheila pki powder Parmesan brand Kraft.
    5.   Lastly, tabur mozarella cheese. Yang ni nak ltak byk2 pun xkesah. Sbb mozarella ni bau die xkuat, neutral xmacam parmesan.
    6.   Preheat oven ke suhu 220 darjah Celcius. Masak pizza for about 10 minutes or until crust die nmpk golden brown. 

TIPS: Pastikan preheat telah tamat dan oven btol2 panas sebelum masukkan pizza.







Monday 15 August 2011

Resipi Daging Goreng Kunyit

Resipi ni resipi keluarga. Mungkin version sheila ni lain sikit. But theres no wrong in cooking, yg penting sedap n org lain puas makan. :)


Bahan-bahan
  1. Beberapa hiris daging
  2. 1 ulas besar bawang merah (di hiris)
  3. 1/2 biji bawang besar (di hiris)
  4. Sedikit cili merah (di hris nipis)
  5. Beberapa hiris kacang panjang (ikut suka nak byk mana)
  6. Garam,aji dan sedikit kunyit serbuk
Cara-cara
  1. Di dalam kuali yang panas, tanpa minyak masukkan daging dan biar sehingga air daging kering. 
  2. Setelah air daging kering, masukkan 3 sudu makan minyak dan bawang merah. Gaul kan daging.
  3. Perasakan dengan garam dan aji. Masukkan sikit serbuk kunyit.
  4. Masukkan cili merah, kacang panjang dan bawang besar.
  5.  Masak sehingga bawang besar nampak layu. TIPS: Jangan masak daging lama sgt sbb nnt daging jd tlalu kering. Masak menggunakan api yang besar.
Sheila xske bau kunyit kuat sgt so letak sikit je kunyit sbb tu xnampak kuning sgt daging ni. Siapp!



Sunday 14 August 2011

Resipi Sambal Tumis Petai & Udang

First of all, sape yg xpandai mkn petai ni mmg rugiii ...



Bahan-bahan
  1. Petai ( ikut suka nak byk mane)
  2. Udang di buang kulit, tapi ekor die sheila x buang (kuantiti ikut suke)
  3. 4 ulas bawang merah 
  4. 3 ulas bawang putih 
  5. Sedikit belacan,lebih kurang 1 tsp. 
  6. Sedikit air asam jawa
  7. 8 sudu besar cili kisar ( cili ni sambal die,klu nak sambal byk ltak cili byk2)
  8. Gula, garam & aji secukupnya
No. 3-5 ditumbuk hingga lumat




Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan cili kisar dan gaul lagi. Tambah sedikit air asam jawa dan perasakan dengan garam,gula dan aji. 
  3. Masukkan petai dan masak hingga nampak sedikit layu.
  4. Kecilkan api dan masukkan udang. Gaul2 jap pastu angkat. TIPS: Udang jgn masak lame sgt sbb nnt die lembik dan kecut,xsedapp :(
Oh ye,bole jgak letak bawang besar klu nak. Siapp!