Bahan-bahan:
- 6 keping paha ayam, dicuci dan setengah bahagian dibuang kulit (tengok gambar dibawah ye)
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 2 sudu besar cili kisar
- 500 ml santan
- Garam dan ajinomoto secukup rasa
- Sedikit tepung beras, dibancuh
*Bahan nombor 2 hingga 5 di blender
Setengah bahagian paha ayam dibuang kulit dan dikelar
Bawang merah,bawang putih,bawang besar dan halia telah diblender
Cara-cara:
1. Panaskan kuali besar dan masukkan santan dan bahan-bahan yg telah diblender. Masukkan 2 sudu besar cili kisar hingga kaler kuah agak pink. Masukkan 1/2 tsp garam dan ajinomoto. Nnt time nak pekatkan kuah boleh perasakan lg.
2. Kacau kuah hingga mendidih dan utk mengelak santan daripada pecah.Setelah kuah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam setengah masak. Sementara ayam masak, sentiasa kacau kuah agar santan tidak pecah minyak. Kalau x kuah die x cantik.
Sentiasa kacau kuah agar santan tidak pecah minyak
Kalau kuah tak dikacau, santan akan pecah minyak dan jadi macam ni.
3. Setelah ayam nampak setengah masak,angkat ayam dan ketepikan.
4. Percikkan sedikit kuah ke atas ayam dan panggang menggunakan arang ataupun bakar dalam oven sehingga ayam masak sepenuhnya..
5. Masukkan 1tbs tepung beras yang telah dibancuh ke dalam kuah tadi sehingga dpt kepekatan kuah yang dikehendaki. Kalau kuah memang dah pekat xyah la campur tepung beras. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tuang kuah yg selebihnya ke atas ayam dan sedia utk dihidangkan dengan nasi putih.
Siapp!