Pages

Wednesday, 10 August 2011

Resipi Puding Roti Salt Cheese

jom masak2! :) arini sheila buat puding roti salt cheese,biase la time ramadhan suke nak makan bnde2 sejuk n manis. Puding ni ala2 cheesecake pun ade.haha ^^

Puding Roti Salt Cheese ni sheila ltak kan sikit buah pic sbb family suke mkn buah pic.alaa buah pic yg ade jual dlm tin tuu.

Bahan-bahan 

  1. 30g agar-agar
  2. 6 gelas air
  3. 3/4 gelas gula
  4. 1/2 bungkus biskut salt cheese
  5. 2 sudu teh tepung kastad
  6. 5 biji telur
  7. 250g butter(sheila pki butterlite/buttercup)
  8. 1 tin kecil susu pekat manis
  9. 1 tin susu cair
  10. 1/2 tin buah pic,di potong kecil ( bagi sape2 yg nak letak la or utk presentation sbb tambah buah nmpk lebih cantik)
* bahan nombor 4-9 di kisar
Biskut Salt Cheese bagi yg xpernah tgk :)

Cara-cara

  1. Masuk kan air dalam periuk dan rebus agar-agar hingga hancur. Masuk kan gula sekali.
  2. Bila agar-agar hancur dan mendidih, masuk kan bahan kisar tadi dan kacau sebati.
  3. Setelah pekat sikit, tuang kan ke dalam bekas acuan. Let it cool  first,klu nak masuk kan buah pic boleh la buat time ni. Tabur2 kan jee. Dah sejuk baru boleh simpan dalam peti ais. yummm!
Simple kan? ;)

0 comments:

Post a Comment