Pages

Wednesday, 24 August 2011

Resipi Chocolate Chip Cookies

PEOPLE ON DIET, BEWARE! this time sheila nak share resipi chocolate chip cookies. Bagi sheila, the secret to a very tasty cookie is the type of chocolate chips that you use. yes, kalau beli chocolate chips yg branded confirm cookies jd sedappp. Sheila recommend pki Hershey's Semi-Sweet Chocolate Chips atau Van Houten Chocolate Chips.


Cookies atas cooling rack. Tgh dalam 'cooling' process sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara

Bahan-bahan:
  1. 125g unsalted butter ,biar dlm suhu bilik utk pastikan butter lembut
  2.  1/2 cup Caster Sugar
  3. 1/2 cup Light Brown Sugar
  4. 1 tsp. Vanilla Essence
  5. Secubit garam
  6. 1 biji telur, di pukul
  7. 1 3/4 cup plain flour + 1 tsp. baking powder (atau boleh terus pakai 1 3/4 cup self-raising flour)
  8. 1/2 peket Choholate Chips ( Sheila pakai brand Van Houten)


Cara-cara:

1.  Dengan menggunakan electric mixer,pukul butter sehingga kembang. Masukkan caster sugar dan brown sugar. Kemudian, masukkan Vanilla Essence dan sedikit garam. 

2.  Masukkan telur yang sudah dipukul sedikit demi sedikit. Masukkan tepung. Off mixer apabila adunan nampak sebati. Masukkan chocolate chips dan gaul menggunakan sudu atau spatula. 



3.  Bentukkan sedikit adunan (lebih kurang 1 tsp. ) menjadi bebola kecil dan letakkan di atas loyang pembakar yang telah di alas dengan baking paper. 


4.  Preheat oven ke suhu 200 degree Celcius dan masukkan bebola adunan tadi. Bakar selama 10-12 minit. Sementara first batch cookies tengah masak, simpan lebihan adunan lain ke dalam peti sejuk.

5.  Setelah siap bakar,biarkan cookies di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka selama beberapa minit. Selepas itu, pindahkan cookie ke atas cooling rack dan biar selama 20-25 minit. 

6.  Ulang step ke-3 hingga 5 sampai semua adunan habis. Cookies yang telah siap boleh di simpan dalam bekas kedap udara ataupun boleh juga dimakan terus. Yumm, oven fresh! :)


Cookies~ great to go with some full cream milk! Siapp :)










0 comments:

Post a Comment