Pages

Thursday, 11 August 2011

Resepi Bubur Daging

Kali ni sheila nak kongsi resepi bubur daging. Sesuai utk sarapan atau minum petang.  Sesuai jgak utk sape2 yg baru lepas cabut gigi . ^^


Bahan-bahan
  1. 2 cawan beras (di masak terlebih dahulu dengan menggunakan rice cooker)
  2. 1/2 peket daging cincang, nak lebih pun boleh
  3. 1 inci halia (dihiris nipis)
  4. 2 ulas besar bawang putih (dihiris nipis)
  5. 1/2 kiub stok ayam Maggie
  6. 1/2 sudu teh minyak bijan
  7. Sedikit daun sup (dihiris)
  8. Sedikit bawang goreng
  9. garam,ajinomoto dan lada sulah secukup rasa
Cara-cara

1.   Dalam sebuah periuk, rebus nasi yg telah dimasak hingga hancur menjadi bubur. Tambah kan air dari  semasa ke semasa jika perlu. Setelah bubur masak, kecilkan api dan reneh kan bubur tersebut.TIPS: Pasti kan anda menggunakan api yg cukup besar ketika proses ini agar dapat texture bubur yg sempurna!


2.    Dalam kuali yg berlainan, tumis halia dan bawang putih yg telah dihiris nipis. Setelah naik bau, masuk kan  daging cincang dan kacau hingga daging keluar air. Masukkan lebih kurang 2 gelas air dan biarkan mendidih. Perasa kan dengan garam,aji,lada sulah dan 1/2 kiub stok ayam Maggie. 

3.    Setelah daging masak, masuk kan daging bersama air rebusan ke dalam periuk berisi bubur tadi. Masuk kan 1/2 sudu teh minyak bijan dan kacau sebati. Perasa kan lagi dengan garam, aji dan lada sulah. Reneh kan sehingga dapat texture bubur yg sempurna i.e. tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. tambah air kalau bubur nampak terlalu pekat.

4.    Hidang bubur ketika panas dan taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Kalau sheila, suke makan bubur dengan ikan masin dan kicap manis.So lepas masak bubur,mesti goreng ikan masin.hee :)
Siap!! :)










2 comments:

Daniel Leinad said...

Looks nice and delicious

Unknown said...

thanks sis. just now my lil brother had a fever. he's feeling sluggish and uncomfortable although he wanna eat but he can't. no appetite i guess. i can't really cook no actually i suck at cooking. but this blog really do help me a lot.

Post a Comment